Satu set nasi dengan lauk..Sesuai disajikan dan makan beramai2.. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Nasi Ayam Ungkep Dan Sayur Asem™

Satu set nasi dengan lauk..Sesuai disajikan dan makan beramai2.. :)

BAHAN-BAHAN

  • Nasi Ayam Mudah :-
  • 1 kilo beras
  • secukup air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 jari halia* (bahan * ditumbuk atau dihiris ikut suka)
  • 1 batang serai – dititik
  • 2 helai daun pandan – disimpul
  • garam secukup rasa
  • Ayam Goreng Ungkep :-
  • 1 ekor ayam – dipotong kecil
  • 1 batang serai*,1 cm lengkuas*, 1/2 cm halia*,1/2 cm kunyit hidup*
  • 6 ulas bawang merah*, 3 ulas bawang putih*
  • 2 sb ketumbar biji*, 1 sb jintan putih*, 1 sk jintan manis*
  • garam secukup rasa
  • Sayur Asem :-
  • 3 tangkai cili merah*,6 ulas bawang merah*,2 ulas bawang putih*,sedikit belacan*,2 sb ikan bilis*
  • 1 batang serai-dititik,2 helai daun salam
  • 1 genggam asam jawa(atau secukup rasa) + 2 ltr air = jadikan air asam
  • 2 tongkol jagung-dikerat,sayur kubis,lobak merah,kacang panjang,bunga kubis,tomato buah-dibelah 4 dan tambahan sayur2 pilihan ikut suka
  • garam dan gula secukup rasa.
  • (guna 2 keping asam gelugur jika tak suka guna asam jawa)
  • Sambal Belacan Goreng :-
  • 5 tangkai lada merah – dikerat2(tambah cili padi jika suka pedas)
  • 4 ulas bawang kecil*,3 ulas bawang putih*, sedikit belacan*
  • sedikit minyak masak
  • garam,gula secukup rasa dan jus limau kasturi
  • Bahan Sampingan :-
  • Tahu goreng,tempe goreng,timun dan ulam2an pilihan yang lain ikut selera
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk menyediakan nasi ayam :-
  • Campurkan kesemua bahan2 nasi ke dalam periuk dan masak seperti biasa hingga nasi tanak.
  • Untuk menyediakan Ayam Goreng Ungkep :-
  • Kisar bahan2 bertanda* dan gaulkan dengan ayam dan tambah garam.Masukkan dalam periuk dan rebus tanpa air hingga ayam berubah warna,tutup periuk dan dikacau sekali2.Goreng terendam ayam bersama rempah2nya dalam minyak panas hingga garing ikut selera.
  • Untuk menyediakan Sayur Asem :-
  • Kisar bahan2 bertanda* dan masukkan dalam periuk bersama air asam,serai,daun salam.Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an bermula dengan sayur yang keras hingga yang lembut dan berikan perasa garam dan gula secukupnya.
  • Untuk menyediakan Sambal Belacan Goreng :-
  • Panaskan sedikit minyak,goreng lada merah dan bahan bertanda* hingga layu,angkat dan tumbuk halus dan tambah garam,gula,jus limau kasturi secukupnya.
  • Sajikan nasi bersama ayam goreng,sayur asem,sambal belacan dan bahan2 sampingan.Sedia untuk dinikmati.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN